Pembukaan Akaun Ezbiz SSM Online_Rosmina

8 September 2023 | Aktiviti Terkini

7 September 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan kelas personal untuk peserta yang bernama Pn. Rosmina iaitu Kelas Pembukaan Akaun Ezbiz SSM Online.

Peserta mempelajari cara-cara pembukaan akaun Ezbiz SSM di website https://ezbiz.ssm.com.my/ . Sebelum ini, peserta hanya berurusan di kaunter SSM yang berdekatan dan selepas ini, dapat memudahkan peserta membuat pembayaran lesen perniagaan sendiri di Ezbiz SSM Online.

Kelas bermula pada pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang selama 1 jam. Terima kasih buat peserta yang hadir ke PEDi Linggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali